iklan yeeeeee

Thursday, January 27, 2011

putri @ 2 years old.


Assalamualaikum…
hari selasa lepas genaplah putri berusia 2 tahun.. masih segar lagi dalam ingatan dikala mengandungkan, melahirkan & membesarkan putri hingga kini.. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. benarlah kata org, Anak itu rezeki… rezeki anak memang murah…
terimbau kembali saat2 putri dilahirkan, dikala itu terus rasa gembira & sayang menebal dalam hati.. barulah aku tahu biginilah juga perasaan Umie ketika melahirkan ku… Ampunkan Along ye Umie, atas segala dosa2 yang along lakukan.. semoga Allah memberkati Umie.. jadi kepada mereka yang bermusuhan dengan ibu/bapa anda, silalah mohon ampun dengan mereka kerana dikala anda lahir kedunia ini, rasa cinta mereka pada anda sangat tinggi..
hmm.. abes bab tu, skrg misstim dah ada putri.. walaupun pada mulanya igt nak balik jumpa putri, lagi2 keadaan putri yang sakit, sering muntah2.. tapi Allah terlebih dahulu melindungi misstim & suami dari kemalangan yang akan berlaku.. ini kerana ada masalah di enjin kereta yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius & blh mengakibatkan kemalangan pada kami..Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana melindungi kami dari perkara yang tidak diingini..
tadi misstim call lah putri.. waahh..gembiranya hati dia, siap nyanyi2 lagi..bukan setakat menyanyi, malah berkata2 dengan misstim… rindunya mama pada putri,.. semoga putri tabah disana.. mama akan pulang dan menghabiskan sebaik mungkin masa mama dengan adik.. adik sabar ye sayang… i love u muahx juta2 x terhingga…
ini sahajalah untuk hari ini, lepas ni dah cuti pertengahan semesta dah..semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami..Amin…