iklan yeeeeee

Thursday, January 27, 2011

pakcik karipap & pelancong


ari ni misstim dapat satu pengalaman yang sangat menarik.. yang mungkin boleh kita jadikan iktibar..hmmmm apakah itu??? ce crite2 (ala2 filem hantu kak limah balik rumah)
pagi tadi misstim dah lambat nak ke klas, terkejar2, walaupon begitu, misstim sempat jugak beli karipap kat sorang pak cik ni.. pak cik ni memang baik, karipap pon sodap.. jadi masa misstim nak g beli karipap tu, ader la sorang pelancong asing, dari Australia, datang beli nasi lemak dengan pakcik tu… then dia bagi la pakcik tu RM2, lepas tu dia selitkan RM10 pada pak cik tu.. pakcik ni terkejut lah, dan bertanya pada mat saleh tu..” this 10 ringgit for what?”, lepas tu mat saleh tu cakap, “this i give to u becouse you always provide me the breakfast..” “i will back to Australia this week”.. begitu lah rezeki si penjual karipap ini… misstim yang kat situ pon terpegun, mula rasa segan dalam diri sebab selama ni x pernah pulak bagi advance kat pakcik tu….huhu lepastu mula lah sesi beramah mesra misstim dengan pakcik tu..
misstim : “waa..bagusnye dia pakcik..”
pakcik : “yelah, terkejut jugak pakcik.. rezeki.., dulu pun ade jugak, pelancong dari Jerman, masa dia nak balik Jerman, terus dia jumpa pakcik.. ucap terima kasih, then bagi pakcik 500 ringgit.. pakcik pon serba salah nak terima, tapi dah dia suruh kita terima jugak.. pakcik ambil la..ade jugak kadang2 dia kol, siap kata kalu ader masalah, pakcik bg taw lah, nant dia tolong…tapi mls lah pakcik nak susah2kan dia, pakcik kate x pelah..”
misstim : “oo..mungkin 2 cara diorang kot… xpelah, mungkin rezeki tu..hehe.. ok lah pakcik, ni karipap 1, terima kasih taw…”

begitulah serba sikit cerita & pengalaman yang misstim dapat pada hari ini.. kadang2 ianya buat kita terfikir, pernahkah kita hargai peniaga2 kecil ini, walaupon hanya dengan setulus senyuman dan keikhlasan..

love..misstim

putri @ 2 years old.


Assalamualaikum…
hari selasa lepas genaplah putri berusia 2 tahun.. masih segar lagi dalam ingatan dikala mengandungkan, melahirkan & membesarkan putri hingga kini.. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. benarlah kata org, Anak itu rezeki… rezeki anak memang murah…
terimbau kembali saat2 putri dilahirkan, dikala itu terus rasa gembira & sayang menebal dalam hati.. barulah aku tahu biginilah juga perasaan Umie ketika melahirkan ku… Ampunkan Along ye Umie, atas segala dosa2 yang along lakukan.. semoga Allah memberkati Umie.. jadi kepada mereka yang bermusuhan dengan ibu/bapa anda, silalah mohon ampun dengan mereka kerana dikala anda lahir kedunia ini, rasa cinta mereka pada anda sangat tinggi..
hmm.. abes bab tu, skrg misstim dah ada putri.. walaupun pada mulanya igt nak balik jumpa putri, lagi2 keadaan putri yang sakit, sering muntah2.. tapi Allah terlebih dahulu melindungi misstim & suami dari kemalangan yang akan berlaku.. ini kerana ada masalah di enjin kereta yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius & blh mengakibatkan kemalangan pada kami..Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana melindungi kami dari perkara yang tidak diingini..
tadi misstim call lah putri.. waahh..gembiranya hati dia, siap nyanyi2 lagi..bukan setakat menyanyi, malah berkata2 dengan misstim… rindunya mama pada putri,.. semoga putri tabah disana.. mama akan pulang dan menghabiskan sebaik mungkin masa mama dengan adik.. adik sabar ye sayang… i love u muahx juta2 x terhingga…
ini sahajalah untuk hari ini, lepas ni dah cuti pertengahan semesta dah..semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami..Amin…

apakah maksud salam???

Untuk renungan..

Tazkirah  - PERKATAAN "SALAM"??  apa maksudnya??


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya

Saturday, January 22, 2011

wordpress

ohoo.. Assalamualaikum....

hmm..lama misstim x update blog nih..sibuk la dok kodek2 blog baru... skrg misstim ader satu blog kat wordpress... memula pening jugak nak buat..xpaham kan.. nasib bek ada manual.. so boleh la try sikit2..heheheh hmm..jgn igt misstim dah curang... oho... tidak..sebenarnya blog 2 harus dibina utk subjek Teknologi pendidikan.. jadi misstim kene la training sikit2..supaya nant reti nak guna lagi2 bila dah keje..huhuuu tapi ape2 pon, x salah try benda baru..semua utk kebaikan diri..hehe hopefully semuanya berjaya..amin.. 

info : http//:misstim.wordpress.com sila lah usha2 yeee...=)

Monday, January 17, 2011

putri oh putri

selamat malam gitu...(ala2 FT..hehehe)

hari ni misstim nak cerita pasal putri.. sape putri 2?? itulah dia silebiu misstim... emm...minggu depan genap lah putri 2 tahun... cepatnya masa berlalu kan??betul lah anak itu anugerah Allah yang maha esa. setiap perkara & rezeki yang dikurniakan tu akan menggembirakan ahli keluarga tu sendiri.. emmm the best thing setakat ini adalah adanya keluarga bahagia & saling menyayangi diantara satu sama lain.. tapi hari ni misstim cuma nak reflex balik apa yang menarik bila bersama putri...

tanggal 25 januari, misstim melahirkan putri pada jam 0040 am... waahhh.. malam tahun baru cina tu... hmm banyak dugaan walaupun x sehebat mana, tetapi pengalaman bersalin bersama suami disisi banyak memberi semangat untuk melahirkan putri kami ni.. papanya yang pertama melihat anak, teringat cara papanya bercerita,, hehe menarik!!

hari berganti hari, putri semakin membesar, alhamdulillah walaupun terkena sakit kuning, tapi x lah sampai kene bermalam di wad. putri masa kecil langsung x meragam, cuma pernah sekali dia meragam bila perutnya kembung, itu pon sebab misstim makan jamu & buah masa menyusukan dia... mungkin itu kot sebabnya.. tapi putri seorang anak yang sangat kuat, menyayangi mama & papa nya walaupun kami perlu berjauhan.. jarang sekali putri meragam bila bersama kami di KL..itulah sebabnya misstim sangat sayangkan dia...

kali pertama pergerakan putri adalah mengensot, ala2 org nak berperang gitu, kemudian duduk, lepas tu merangkak, dan genap setahun dia mula berjalan dengan baik sekali... masuk setahun setengah dah mula berlari..hehehe itulah uniknya anak mama sorang ni, lbak kata org dah "tua" baru nak merangkak.. hehehe putri jugak menunjukkan perkembangan yang positif seperti faham apa yang kita katakan, malu, gelak ketawa, bercakap bahasa asing, hehehe tapi mama gembira semua tu...even now, walaupun putri x petah bercakap, tapi bila putri cuba bercakap, ianya satu perasaan yang sukar diluahkan, gembiranya rasanya...

pada suatu hari, lepas balik dr mandi mada di Lost World of Tambun, di Ipoh perak, putri mengalami demam panas, hmm silap mama x bawak putri g klinik awal2, mam cuma letakkan kool fever, tuamkan badan adik dengan air, walaupun adik kebah sehari selepas tu, tapi keesokan harinya adik demam panas lagi,... kesian mama tgk adik.. adik x berdaya, badan adik makin panas, adik x makan, kurus... disebabkan keadaan adik semakin lemah, mama & papa bawak lah adik ke klinik kerajaan... terkejut mama bila suhu badan adik 39.5c, ya Allah.. kesiannya adik, terus nurse disitu suruh mandikan adik dalam bilik air, kemudian barulah suhu badan adik turun sikit.. masa tu mama takut sangat, papa dah rungsing sbb risaukan adik.. bila darah diambil & di uji, alhamdulillah syukur kepada Allah xde apa2 yang merbahaya dalam badan adik.. adik pon x selemah spt semalam.. walaupun terpaksa bergelut utk bagi adik ubat, tapi berkat izin-Nya adik sihat 2 hari kemudian.. maafkan mama adik sebab mama cuai....mama sangat kesal...

maaflah rangkap diatas misstim tulis sbgai luahan hati kekesalan & syukur misstim terhadap apa yang terjadi sebelum ni.. walaupun sekarang misstim terpaksa tinggalkan putri utk beberapa bulan, tapi misstim akan cuba balik setiap minggu.. ya Allah semoga engkau lindungilah anak kami putri dari penyakit merbahaya @ kecederaan.. mama x sanggup lihat putri sakit lagi.. semoga usia putri menjangkau 2 tahun ini akan sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi dari perkara yang tidak diingini.. sejujurnya mama ingin sentiasa dekat bersama putri... sekian utk entry kali ini...

Thursday, January 13, 2011

astro first..

selamat ptg & assalamualaikum..

wahh.. nampaknya hari ni dah masuk 13 jan 2011.. diam x diam dah 13 hari kita dalam tahun 2011.. so apa yang menariknya yer tarikh nie?? emmm miss tim nak kongsi something la yang best (rasanye la..) ASTRO FIRST..

tahu ke apa 2 astro first? firstly, dia adalah saluran 480, jadi kalu nak preview boleh la prieview.. miss tim pon jadi salah seorang yang bersemangat jugak la nk langgan astro first ni.. jadi misstim guna la 3 langkah ni...

misstim x faham sgt bila tgk kat channel 480 ni, jadi misstim layan la link ni,,, www.astro.com.my/astrolife dengan semangat nye..haha tetiba keluar la dia punye website 2.. waahhh kaler merah siap ader helikopter lagi..hehehe jadi misstim pon baca la 3 langkah tu...


1) dia suh la tgk dekat channel 480, pastu tekan menu / ok utk tgk tajuk filem.
2) lepas tu decide lah..
3) nant hantar lah sms utk mengesahkan kita nak langgan channel ni...

miss tim tgk lagi..hmm kompius, utk berapa lama kene bayar RM15 ni... kalu sebulan ok gak... sebab x paham sgt apa yang dia tulis kat website tu miss tim pon call la  astro :1300823838.. then misstim tnye la operator tentang bayaran astro first ni... barulah miss tim taw rupe2nya RM 15 tu utk 1 movie selama 48 jam.. then misstim pon senyum jela... kene pk masak2 dulu.. nant kalu x sempat tgk rugi plak...huhu

p/s : teringin nk tgk citer Ngakung tu....huuhuuuu

Saturday, January 8, 2011

full dress rehesal AJL???

hai..selamat pepagi buta miss tim ucapkan.. hehe taktala menaip entry utk kali ini, miss tim baru 30 jam sampai rumah..huhuhuhu ape-ape pon, miss tim dah tgk dah td full dress rehesal utk AJL esok. BTW, overall ok je.. xlah se gah mcm tahun lepas, coz thn lepas even full dress, tapi mantap gila.. but mlm td, banyak sangat masalah berlaku, mcm audio system, timing lari, dan banyak kaku, dimana stage x sempat standby, tapi pengacara dah x taw nak merepek apa lagi..huhu kesian kat Ally, Cheryl dan FBI..hehe nasib baik dorg memang ada bakat dalam pengacaraan, kalo x mseti hancuss punya..huhu..


tapi bab persembahan semua bagus, yuna, anna rafali, pejal tahir, dll.. utk opening, salute dekat bob, nyanyi sedap, hehe utk penutup, mcm biasa la kak siti kita, hehe selain tu sharifah aini dan ziana zain.. bagus ziana suara still maintain..hehehe

hmm.. tapi apa2 pon kita tgk la live AJL nant, hope semua nya berjalan dgn lancar, jgn jadi mcm td, nnt dato farid marah pulak..huhu tapi selepas disiasat apa punca full dress sgt lemah adalah disebabkan set lambat siap, jadi diorang ni kurang rehesal, so that y la semua ni jadi.... apa2 pon good luck utk live esok..hehe..
adioss.. miss tim nak tido da.. good nite friends....

utk maklumat lanjut, layari : ajl25.tv3.com.my

Friday, January 7, 2011

lunch oh lunch..McD...

hari ni hari sabtu.. biasa la.. nak lunch pon ssh, xder transport nk kuar, huhuu so cara yang paling senang adalah menge'call' McD..hahahaha miss tim bkn nye xmo masak, nant xder sape nak makan, bosan, kat umah xder org, huhuuu
sambung balik pasal call McD, em bkn ssh pon, dail je 1300131300, trus dia angkat.. hehe selepas mengoderkan diri menu yang diidam-idamkan tu ( ape lagi Prosperity burger laa..) hati terus berbunga2.. jadi dalam 30 minit sampailah burger, fries & coke large..( ish2 tamaknya..)tapi ape2 pon puas sebab dapat makan mcd...thanks McD sebab buat servis macam ni, senang.. i'm loving it..

boleh layari : http://www.mcdonalds.com.my


AJL full dress today..

hari miss tim nak p bukit jalil.. humm tapi bkn sebab nak g naik bus, tapi nak tengok encik pejal tahir nyanyi..yuhuuuu.. hope dapat pas, so blh dok kat tempat crew...hehehehee

hemm ni tahun kedua p AJL, best2... x sabau rasenye nak tgk pejal wat kejutan, yelah dia suka buat benda pelik2..hihiiii..humm.. mesti org cakap ape kes tgk full dress, actually, ramai ske tgk full dress rehesal, thn lepas penuh stadium taw, sebab ianya lebih relex, &  much more fun..hehehe lagi satu kalau miss tim pegi esok, alamatnya x bangun la nak g kelas hari isnin nant,,, yelah, kalu nak tunggu en atong abes setup barang kat stadium tu, alamatnya kol 8 pagi la miss tim baru sampai umah, huhuuuuu.. oleh sebab itu, miss tim kene la tgk full dress je.. itu pon silap2 kol 2-3 pagi baru balik, hahahaha



sikit info tentang AJL 2011 :


14 Lagu Ke AJL25
1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali
kredit untuk www.beautifulnara.com, Abg Nara jgn mara ye miss tim cilok ni..hihiiiiii

jadi sebelum kita tgk real show esok, agak2 sape menang ek?? xpe tunggu miss tim tgk dulu, esok miss tim teka sapa menang..heheheh

Thursday, January 6, 2011

tahun baru azam baru jugak ke????

ohohoo..walaupun dah 7 hari berlalu di tahun baru ni, aku tetap nak wish heppy new year lah utk semua org.. sebut pasal new year, mesti org tanye ape azam baru ? bosan2.. mcm x percaya je tahun ni aku x set ape2 azam pon utk diri aku..just nak teruskan apa yang ade, repair ape2 yang patut..huhu...

macam biasa la, aku x sambut tahun baru.. ( nak smbut ngn sape, dah laki aku keje!!).. tido pon awal, kol sepluh dah tido..hahaha memang la aku x prepared utk thn baru.. semangat pon xder.. tapi ape yang aku taw, tahun ni aku nak abeskan belajar.. tepu..tepu....

utk entry ni, cukup la sampai sini aje..cume pada org yg ader azam baru, make sure azam lama dah berjaya..jangan terkejar2..nant habuk pon xder...hahaha..